Seiring Irama Sepatah Kata: Untuk aku dan Saudara2 ku..

Thursday 31 May 2012

Untuk aku dan Saudara2 ku..




Hitam putih mewarnai hidup..


jika pilih hitam untuk hidup maka hitam juga perjalanannya nanti..


jika pilih putih untuk hidup maka putih juga perjalanannya..


hitam boleh diputihkan..


tapi putih sebaiknya janganlah dihitamkan..


hitam jangan dibiarkan hitam selamanya..


putih sebaiknya diputihkan lagi dan dipelihara..

dan selalunya akan datang teguran..Teguran adakala menyakitkan tetapi ianya berniat untuk menyelamatkan kamu daripada kesakitan yang lebih parah..hidup ini memang payah..


kadang gelap kadang cerah..


hidup bagai roda..kejap pancit kejap kembung...


pancit sikit brenti..


bila dah kembung jln dgn megah..


kau takkan hidup dengan pujian..


dan kau takkan mati dengan cacian..

dan akan datang juga pujian..Pujian itu umpama madu/gula yang akhirnya boleh membuat kita mendapat kencing manis...
dan paling penting..hidup ini umpama secawan kopi dan sebiji donut. perlu ada rasa pahit dan manis untuk jadi pelengkap..

memang perubahan tidak pernah mudah. Bukan mudah mahu menggantikan tabiat yang lama dengan tabiat yang baru. Yang belum menjadi sebahagian daripada diri berbanding tabiat yang lama. Tapi berusahalah. Hanya orang yang berusaha yang sentiasa menemukan jalan selamat baginya.







Dan yang paling penting,warna apa pun hidup kita,kita yang tentukan..
Kita yang mencorakkan walaupun ianya semuanya kuasa Tuhan..
Kita adalah sebuah kereta api di atas landasan,dan landasan itu sudah tersedia..
hanya kita mengerakkan nya..
Jika ingin lari dari landasan sebenar kita akan tersasar..
Jika pernah tersasar kembali ke landasan walaupun perit kita mesti kembali agar tidak terus leka...



Comments
2 Comments

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...