Seiring Irama Sepatah Kata: Adakah Ini Yang Akan Berlaku Jika Murid DIBENARKAN Membawa Handphone

Wednesday 18 July 2012

Adakah Ini Yang Akan Berlaku Jika Murid DIBENARKAN Membawa Handphone




from Celebrity News by noreply@blogger.com
(Welcome To Zoom Artist)


Adakah ia adalah berita gembira buat adik-adik atau anak-anak kita yang yang kini bertepuk kedua-dua belah tangan kerana ada ada info yang mengesahkan mulai tahun 2013, pelajar sekolah dibenarkan membawa handphone ke SEKOLAH !!!..

Sudah tentu peniaga/syarikat telekomunikasi turut bersorak gembira atas laporan ini kerana ini akan mendatangkan banyak FAEDAH kepada syarikat telekomunikasi, kedai topup, kedai handphone, kedai aksesori handphone dan yang berkaitan dengan handphone.

Ramai diantara anda sudah pasti mengetahui perniagaan dalam negara kita sungguh menguntungkan. Dan sana sini rakan-rakan yang mempunyai kedai TOP UP ini kini mampu tersenyum dengan berita terbaru mengenai penggunaan telefon/handphone oleh murid sekolah.

Apa-apa pun, ZoOM berita ini mempunyai kebaikan dan keburukan kesan pelaksanan
yang bakal dilakukan oleh pihak berkenaan. Dan berikut beberapa info dan maklumat yang boleh dikongsi bersama mengenai PRO dan KONTRA mengenainya :

Kebaikan ->
1. Memudahkan perhubungan diantara pelajar dengan ibu bapa
2. Ibu bapa dapat mengawasi pergerakan anak-anak
3. Dapat berhubung dengan cikgu bila cikgu lambat masuk kelas
4. Boleh merekod apa yang dikatakan oleh cikgu
5. Dapat ambil gambar dengan cikgu, kawan-kawan bila ada majlis

Keburukan ->
1. Gejala mengUPLOAD video gaduh, samseng, seks, dan sebagainya
2. Membuat pelajar leka untuk bermain SMS
3. Handphone yang boleh akses wifi lebih mudah pelajar nak buka mukabuku berbanding buku
4. Pelajar lebih bersemangat ke sekolah sebab nak tunjuk handphone kat kawan-kawan
5. Berapa peratus pelajar akan menghubungi ibu bapa dengan orang lain.?
(ZoOM kat IPT pun peratus untuk ibu bapa kurang daripada orang lain tauu~)
6. Banyak duit belanja diperuntukkan kepada pelajar untuk makan & topup
7. Kantin sekolah akan menjual topup untuk para pelajar, makanan tak menjadi keutamaan lagi

Pendapat peribadi ZOOM ia adalah peralatan yang perlu ada pada seseorang/murid sekolah, namun demikian jika ia disalah gunakan sudah pasti natijahnya akan meninggalkan kesan yang banyak kepada anak-anak kita.

Dan anda sudah tentu pernah ternampak ataupun mendengar berita dan kejadian yang berpunca daripada telefon bimbit yang kini menjadi ITEM UTAMA bagi setiap masyarakat di Malaysia tanpa menggira umur.

APA PULA KATA ANDA ?









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...