Seiring Irama Sepatah Kata: May 2012

Thursday 31 May 2012

Untuk aku dan Saudara2 ku..




Hitam putih mewarnai hidup..


jika pilih hitam untuk hidup maka hitam juga perjalanannya nanti..


jika pilih putih untuk hidup maka putih juga perjalanannya..


hitam boleh diputihkan..


tapi putih sebaiknya janganlah dihitamkan..


hitam jangan dibiarkan hitam selamanya..


putih sebaiknya diputihkan lagi dan dipelihara..

dan selalunya akan datang teguran..Teguran adakala menyakitkan tetapi ianya berniat untuk menyelamatkan kamu daripada kesakitan yang lebih parah..hidup ini memang payah..


kadang gelap kadang cerah..


hidup bagai roda..kejap pancit kejap kembung...


pancit sikit brenti..


bila dah kembung jln dgn megah..


kau takkan hidup dengan pujian..


dan kau takkan mati dengan cacian..

dan akan datang juga pujian..Pujian itu umpama madu/gula yang akhirnya boleh membuat kita mendapat kencing manis...
dan paling penting..hidup ini umpama secawan kopi dan sebiji donut. perlu ada rasa pahit dan manis untuk jadi pelengkap..

memang perubahan tidak pernah mudah. Bukan mudah mahu menggantikan tabiat yang lama dengan tabiat yang baru. Yang belum menjadi sebahagian daripada diri berbanding tabiat yang lama. Tapi berusahalah. Hanya orang yang berusaha yang sentiasa menemukan jalan selamat baginya.







Dan yang paling penting,warna apa pun hidup kita,kita yang tentukan..
Kita yang mencorakkan walaupun ianya semuanya kuasa Tuhan..
Kita adalah sebuah kereta api di atas landasan,dan landasan itu sudah tersedia..
hanya kita mengerakkan nya..
Jika ingin lari dari landasan sebenar kita akan tersasar..
Jika pernah tersasar kembali ke landasan walaupun perit kita mesti kembali agar tidak terus leka...



Orang selalu cakap





























orang selalu cakap,penyesalan tak akan datang d'awal..


kesal tak akan datang selagi tak sedar..





orang selalu cakap sebelum buat fikir dulu..


kesannya tak akan datang selagi tak buat..



orang selalu bagitahu,jangan bercakap ikut sedap mulut..
biar dari otak fikir baru kemudian keluar d mulut..

orang selalu cakap juga yang baik selalunya terasa buruk..
tapi yang buruk selalunya terasa baik d'mata..

orang selalu pesan yang silam hitam tinggalkan..
biar putih bersih masa depan..

orang selalu juga pesan,jangan jadi hipokrit..
hipokrit tu samalah munafik..

orang slalu juga cakap kalau mau tau sifatnya tengklah luaran,ish..itu sudah lapuk la..
mat rock pun tahu sudah belajar2 halal-haram,luaran tak semestinya dalamannya..

orang selalu juga dengar ni smua,tapinya tak pandai dgr..bawa2 la brehat..
slagi masih ada hayat ..ingat2 akhirat..


MUSLIM RUGGED>>
Ingat:
KALAU ORANG MENGHINA KITA,KITA BALAS DENGAN MENGHINANYA,ORANG MARAH KITA BALAS DENGAN LEBIH MARAH,
ERTINYA KITA NI HANYALAH MANUSIA PENIRU KEBURUKAN..

Sunday 27 May 2012

Orang kita hari ini..


Hari ni,aku mau story ceta pasal aku dengan member pegi pjbat POS MALAYSIA tadi..( aku mau Pos barang g SaBah..almaklumlah,nak cuti dan tinggal 2sem pendek lagi di negeri orang ni..hehehhe)..

Sampai ja di pjbat Pos aku langsung xtau apa2,hahaha..yalakan mana tau pos2 barang ni mcmana,yg aku tau terima barang yg kena pos ja,tu pun kena kol..huhuh

Mula2 aku ambil nombor 2062,tapi tiba2 aku nampak kertas nombor sebelah ada terletak sebelah mesin nombor ada kertas no. 2060,2059..ehehh..aku heran sapa lagi yang main tekan2 ni,aku tengok semua orang berakal ja dalam pejabat pos tu..geli juga hati aku..last2 aku pn ambil no. tu sekali..hahhaah..

sampai giliran 2059 aku pun pegi,ni dialog aku:

aku :salam kak,saya mau pos barang..

kakak tu: ya memang disini..(malu juga aku,sdh namanya pjbat pos mesti lah pos barang)..adik punya barang mana?..borang da isi?..

aku : (dengan ruggednya berkata)..tu barang saya,eh mau isi borang dimana kak?..(aku ingat kat kaunter ni)..

kakak tu : tu kat tepi tu..

aku berlalu pegi isi borang..bingung2 lagi mengisi borang,hahaha

Semasa isi borang dalam keadaan bingung2 tu,aku punya no. terlepas 2062 tu...adui..aku pun ambil baru 2071..lamanya kn aku isi borang tu..hahahha

Yes smpai giliran..aku pun bagi kakak tu borang,ada kurang lagi,aku pun isi terus kat situ..terus pegi timbang barang,

kakak tu : eh awak punya barang dua ka?..

aku : (dalam hati aku,aik sdh dia nampak aku bawa dua barang tanya lagi)..ya kak..satu beg pakaian dengan satu kotak buku..

kakak tu : oh sekali dua2 ni,mesti isi borang lagi satu ni dik..

aku : oh yaka lagi satu...

kakak tu : ya..

ok aku pun buat barang untuk satu lagi..

haaaaaaa...masa aku tengah isi kan datang satu orang makcik xtau nak buat apa bayar bil or kirim duit kot...makcik ni nak mintak tolong isi kan borang pasal dia xnampak n xtau.. kebetulan ada satu pen tempat aku,aku pun sruh kawan aku isi kn..tapi tunggu aku siap dulu sikit ja (hehehe)...

Kawan aku yg bingung2 ni,apa yang makcik ni mau dia tanya aku..hahha..aku pun xtau..da la makcik tu cakap bahasa kelantan..kawan aku ni lagi pekat sabah..diam2 ja la dia tunggu pen dari aku..

Aku siap ja aku bagi terus pen da berlalu ke kaunter tanpa mengambil no. (rock kn?..)..hahhah

aku : haaaa ni kak siap da..

kakak tu : ok dik..

aku :berapa ka?..

kakak tu : em dua2 sekali RM27.50 (selamt murah)..

aku : terima kasih kak,agak2 sampai dalam seminggu ni kan kak

kakak tu : ya..

dalam keadaan aku bercakap dengan kakak tu,tiba ada ringtone hp lagu ni..







tergelak aku sikit (tapi dalam hati)..senyum2 terus aku mencari sapakah punya ringtone yg comel tu..hahhahah

Lah,....rupanya makcik tadi yg minta tolong isi kan borang tu..hahhaha..
boleh tahan ringtone..geli hati aku...hahahaah
Lalu aku pun siap..

Pastu aku tengo member aku yg tengah bising mengisi borang makcik tu,dia pun tanya makcik tu apa yang makcik tu mahu?..

makcik tu : eh mu dok tahu ko?..(kamu xtahu ka?)

member aku : saya xtahu makcik,tu yang saya tanya makcik ni mahunya apa?..

makcik tu : ingat kn mu tahu rupanyo dok tahu..

terus makcik tu ambik borang tu minta tolong kat kakak sebelah..

aku tergelak tengok kawan aku..
Sebelum aku kuar tu,hahahaha..ni tabiat orang kita ni.. makcik tu boleh pulak p kata kan orang yang dekat2 dengan dia tu begini:

''ingatkan budak tu tahu nak minta tolong,rupanya xtahu langsung'' (dengan muka berkerut)..

aku rasa sakit hati juga,yalakan..dia nak minta tolong dengan kawan aku,dan kawan aku hulurkan pertolongan,sampaikn kawan aku tanya lagi apa yang makcik ni mahu,tapi terus reject kawan aku,cuba la makcik tu gtau dengan izin Allah s.w.t. mesti kawan aku boleh tolong..

ni tidak,siap2 cakap2 belakang lagi..

aiya..susa la ni macam..

aku tengo kawan aku ni senyum ja buat macam tiada pa2..huhu..tabah bh ni orang..

tu la ceta aku..hahahaha..

di atas dan di bawah


Apabila suria tunjukkan rupa..
Semua bersiap mengejar bahagia..

Hinggakan..

Yang di atas terlupa yang dibawah..
Yang dibawah terus bergelut meniti hidup untuk ke atas
tiada daya upaya,hanya berbekalkan kecekalan untuk hidup..untuk terus berdiri..
Yang di atas malu untuk memandang ke bawah,terus megah dengan ketinggian..
perlahan2 akan menemui jalan buntu,yang tinggal hanya jalan untuk turun ke bawah..


Apabila gelap pasti akan timbul terang..
saat itu,
Yang dibawah tersenyum mesra..
yang dibawah terus membawa yang lain untuk sama2 ke atas..

Yang di atasnya dulu mula berkerut..
sentiasa menyalahkan antara satu sama lain..
berusaha untuk menjatuhkan yang di bawah yg semakin naik ke atas..

Akhir sekali kebenaran akan terbukti..
sesulit manapun kebenaran itu adalah cahaya yang sentiasa ada walaupun dalam kegelapan..
ianya mungkin tidak dapat dizahirkan,tapi ianya ada..

Saturday 26 May 2012


Hari ini,fb dijadikan medan untuk melepaskan geram,merungut,mengeluh,mencaci dan sebagainya..
Budak dlm gambar ni sungguh2 kesian,xboleh nak salahkan ibu bapa xdidik,sebab kadang2 anak itu sendiri yg xtahu menghargai dan mendengar nasihat..
budak dalam gambar ni xtahu ka?..kalau ibu bapa dia mati terputus segala amalan ibu bapa dia..kecuali 3 perkara,

1) amal Jariah.
2) ilmu yang dimanfaatkan yg telah ditinggalkan.
3) Doa anak2 yg soleh solehah yg sentiasa mendoakan.

kalau macam ni la tabiat budak dalam gambar ni yg ibu bapa nya masih bernyawa,macamana kalau ibu bapanya sudah pergi?...adakah anak ini akan mendoakan ibu bapa?..wallahu'alam..

Siapa kita sebagai anak untuk mengeluh kepada kedua orang tua?...
siapa kita untuk merendah2kan taraf ibu bapa kita?..
siapa kita mahu control diri tanpa keluarga?..

Kita bermula dari mereka,tapi besar mau lawan mereka?..
astagfar la banyak2..
Jangan bila tiada wang baru ingat mereka?
jangan bila diri susah baru ingat mereka?
Kalau mereka sudah tiada nanti baru mau menangisi?..xda guna lagi..

Janganlah jadi anak derhaka..!!
jika sebelum ni kita pernah lawan tinggi suara pada ibu bapa,minta ampun..minta pada Allah s.w.t. ..Allah s.w.t. maha pengampun..
kalau ibu bapa masih hidup,gembirakan mereka selagi hayatnya,ikut kata,walaupun sebelumnya kita xikut kata..

Ibu bapa sudah menentukan yg terbaik utk anak mereka dan ianya bergantung kepada anak itu sendiri dan adanya izin dari Allah s.w.t. ..

Sama2 lah kita doakan ANAK REMAJA DALAM GAMBAR NI kembali ke pangkal jalan,semoga diberikan hidayah..
sememangnya apabila marah syaitan itu senang masuk..
tapi cuba fikirkan baik2 ''siapa kita untuk memarahi ibu bapa?''

Sebaiknya jadikan fb itu sebagai tempat untuk berpesan2,bukannya tempat untuk merungut mencerca..semua mahu bagi tau org,xsalah kan kalau stakat promot2 ka,iklan ka,yg salahnya meluah berlebih2 tu..

fikir2kan..aku pun ada fb..aku guna just utk game,chat dgn kawan,pastu post apa yg aku rasa baik utk aku dan org lain,dan aku boleh manfaatkan dan org lain pun sama..



Friday 25 May 2012

7 Alasan si rempit semprit..


 1)
MAT REMPIT lebih POPULAR dari ARTIS??..biar betul.. Tapi rasanya BETUL sebab hari2 ada ja crita pasal MAT REMPIT ni..














2)
Sebab kturunan pendekar,pantang dcabar, apa lg bila m0tor kna kutuk mcm beskal,maka tnpa dirancang terjoinlah arena peREMPITAN..







3)
Mau selamatkan awek yg kena rembat bdak m0tor lain..kena menang race haram,kalau tak komp0m awek 2 jd lauk..





4)

Motor baru bikin,tu yg mau try test p0wer mcmna..ada brani ker?






5)







Tak da duit,org kata kalau jadi mat rempit boleh jadi kaya,tp org yg kata tu nda jg kaya..







7)


Teringin sgt naik roller coaster tapi tak cukup duit maka dgn m'cilok sna sni layan lap,syoknya sama mcm naik roller coaster..free ja..fkir mnyak ja la..



aku main motor juga,tapi main dengan berdisiplin..hahhaha..keselamatan tu penting...apa2 pun,xpeduli la rempit ka semprit ka yg penting bab Agama,akidah jangan main..(ustaz Azhar Idrus cakap)..ingat...

aku dengan Game ku



Minggu Study Week aku sdh start,memang bosan gila...
Org pnggil minggu belajar,tapi xda mood lagi belajar wo..
member dekat senang la blik rumah,aku yg jauh ni mau balik sabah hanya utk 1minggu ja,huhuhu..xberbaloi..so aku hilangkan bosan dengan game..









Counter Stirke,walaupun sdh agak lama game ni tapi aku still main..utk hilangkan bosan bleh..terrorist win..









kalau ak xlarat mau tembak2,aku akan main ni pes..cari gol hahhah..kadang2 bosan juga main cs jak..







Ni pula game strategi yg aku minat walaupun xsehebat mana,tapi aku minat juga..sebab membantu aku hilangkan bosan ni,GENERALS..




haaaa...yang ni semua tau,game DOTA..aku paling xsuka main game ni,walaupun strategik,member pernah masukkan dalam lptop ak pasal mau ajar aku main,tapi xmenjadi kenyataan,pasal ak langsung xminat main dota..so ak xkan sentuh game ni..DELETE..hhahahahaha


Adilkah kita???...

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja,seperti sebentuk mutiara.walaupun yang empunya telah mati,mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya...







adilkah kita selama ini?..
kalau hidup sekadar hidup,
babi di hutan juga hidup,
kalau bekerja sekadar kerja,
kera atas pokok juga bekerja...... 










Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri...
 




jangan kita merungut dengan Ketentuan Tuhan,kita jangan pernah berkata Tuhan tidak adil..jangan sekali-kali..
cuba fikirkan sejenak adakah kita adil terhadap diri kita?...

MuZik Dari pandangan ISLAM




Nyanyian yang lunak adalah santapan jiwa manusia, menyegarkan otak dan disukai oleh pendengaran. Ia adalah kelazatan bagi telinga sepertimana makanan yang menjadi kelazatan bagi mulut dan perut. Pemandangan yang indah menjadi kelazatan bagi mata, bauan yang harum menjadi kelazatan bagi hidung dan sebainya. Adakah perkara-perkara yang baik dan lazat ini haram bagi Islam?
Daripada beberapa dalil Qur’an, setiap benda yang baik lazimnya halal. Oleh itu setiap yang baik dipandang oleh jiwa dengan baik, akal manusia yang sejahtera adalah halal sebagai kerahmatan kepada umat Islam ini dan juga kerana kesyumulan, kelengkapan, dan keberkekalan risalah Islam.
Firman Allah (maksud):
“Mereka bertanya kepadamu:Apakah yang dihalalkan bagi mereka? Bagi menjawabnya katakanlah: Dihalalkan bagi kamu yang lazat-lazat serta baik. “(Maaidah: 4)

Hak mutlak menghalal/mengharam sesuatu adalah milik Allah saja: (maksud):
“Katakanlah: Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfa’at kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanyaharam dan sebahagian lagi halal?Katakanlah lagi (kpd mereka):Adakah Allah mengizinkan kepada kamu hanya mengada-ngadakan secara dusta terhadap Allah?” (Yunus:59)
Firman Allah (maksud):
“Sesungguhnya merugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan lagi tidak berilmu (sedang Allah memberi rezki kepada sekelian makhluk); dan rugilah (mereka) yang mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka dan tiadalah mereka mendapat petunjuk.” (al An’am: 140)
Firman Allah (maksud):
Dan kehidupan dunia ini hanyalah LAHWUN dan permainan belaka..” (Ankabut: 64)
Rasulullah s.a.w. pernah menasihati Handzalah, Wahai Handzalah, bergurau ada masanya dan serius ada masanya. Saidina Ali ada menasihatkan: Rehatkan hatimu dari masa ke semasa kerana hati jika dipaksa akan menjadi buta. Juga dari Ali KW:Hati juga merasa jemu sepertimana juga badan merasa jemu, maka carilah perkara-perkara yang menarik untuk menghiburkannya. Telah berkata Abu Darda’: Aku menghiburkan diriku dengan sedikit al Lahwu untuk menguatkan diriku dalam melakukan perkara-perkara kebaikan.
KATA IMAM AL GHAZALI:
Apabila diajukan kepada Imam alGhazali apakah nyanyian termasuk al Lahwu? Beliau berkata: Ya begitulah sebenarnya. Sesungguhnya seluruh dunia adalah al lahwu dan permainan dan semua guarauan bersama isteri adalah al lahwu melainkan jima’ yang bertujuan melahirkan zuriat. Begitu juga setiap gurauan yang tidak mengandungi kejahatan dan kemaksiatan, maka ia adalah halal. Sebab itulah ada waktu-waktunya makruh mengerjakan solat nawafil (sunat) untuk memberi kerihatan kepada orang yang sering melakukannya. Kerihatan sebenarnya menolong utk terus beramal. Sedikit dalam al lahwu dapat menolong seseorang dalam situasi tegang oleh kerana kita tidak akan mampu untuk sentiasa dalam keadaan serius dan kepahitan sepanjang masa kecuali jiwa para Anbiya’.
Maka al lahwu (berhibur seketika) adalah ubat juga bagi jiwa. Maka allahwu sudah semestinya Harus. Tapi al lahwu seperti mana ubat-ubatan yang lain ia tidak boleh diambil secara berlebihan.
Jika al lahwu disertai dengan niat ibadah, ia menjadi ketaatan kepada Allah. Sesiapa yang mendengar nyanyian dan muzikal janganlah menganggapnya sebagai sifat terpuji! Tapi hanya sekadar mendapatkan kelazatan dan kerihatan semata-mata.
Manusia mempunyai tingkatan: perkara-perkara yang harus kepada golongan martabat ABRAR (golongan yang baik) adalah kejahatan kepada golongan muqarrabin ( mereka yang sangat hampir dengan Allah) dan seterusnya.
Oleh itu kita mesti mengambil hukum ‘am/pada kadar yang biasa. Bagi yang mengetahui selok belok cara untuk mengubat hati, cara untuk melembutkan hati dan mendorongnya kepada kebenaran, secara pasti dia juga akan tahu bahawa merihatkan hati dengan perkara-perkara begini (lahwun dan la’ibun) adalah ubat yang berguna yang mesti digunakan (al Ghazali).
Nyanyian adalah Harus (dibolehkan) tapi dalam Acuan Islam . Muzik adalah termasuk dalam perkara tabi’iy (asasi) di sisi fitrah manusia. Ia juga termasuk bab Urf (adat resam sesuatu bangsa); ada bangsa yang amat suka kepada muzik dan nyanyian; Islam tidak menghalang sesuatu yang selari dengan fitrah dan diterima oleh urf (adat) atau cara hidup budaya setempat. (Prof Qardhawi, halal ; haram , juga Fatwa Mu’asirat) Bermain gambus dan nyanyian oleh hamba sahaya sudah diamalkan sejak zaman Ali bin Talib dan tiada yang menegahnya..
Malangnya industri musik seperti juga bidang-bidang lain, ia diterajui oleh Barat yang mempunyai muslihat yang jahat terhadap Islam terutama remajanya. Apabila industri muzik; nyanyian itu diterajui oleh Barat, maka umat Islam perlulah berhati-hati, unsur-unsur yang diketengahkan oleh mereka adalah bertujuan melalaikan manusia, menjatuhkan mereka kepada maksiat dan menjurus kepada manusia meninggalkan kehidupan beragama. Industri muzik Barat juga memperkenalkan pelbagai jenis muzik yang melampau seperti heavy metal, rap, rock, super dance dan lain-lain yang bertentangan dengan fitrah. Ini bertentangan dengan hiburan dalam Islam yang bertujuan memberi sedikit kerehatan kepada jiwa manusia.
Oleh itu rumusannya industri musik dan nyanyian yang harus ialah yang sesuai dengan fitrah manusia, menghibur dan memberi ketenangan kepada jiwa dan mematuhi adab-adab Islam ; ini menuntut kesedaran Islam yang tinggi dari pemuzik dan pencipta lagu Muslim supaya membentuk arahalir industri musik yang tersendiri dan terpisah drpd pengaruh jahat Barat. Sebarang percubaan Barat untuk menghanyutkan umat Islam kepada kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan, mestilah dihalang, menetapi kaedah Masoleh Mursalah (kepentingan awam), Sadd Adz Dhara’iy (menutup pintu-pintu kejahatan) dan Istiqra’ (pungutan suara rakyat) juga Urf (adat budaya tempatan).
PANDANGAN ULAMA’ TERHADAP MUZIK
Ulamak yang paling berautoriti dalam hukum-hukum yang baru utk abad ini ialah al marhum Syaikh Mahmud Syaltut, bekas rektor al Azhar dalam koleksi Fatwanya, alFatawa (terbitan Darul syuruq, Cairo. 1960) ms 355-359 menjelaskan dengan tegas empat perkara tentang muzik:
Pertama: Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga. (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)
Kedua: AlQur’an yang mendasari segala peraturan dan perundangan di atas dasar kesempurnaan dalam Tujuan sentiasa menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan dipihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara berlebihan. Islam mahukan kesederhanaan.
Ketiga: Fuqaha’ terdahulu membenarkan musik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji, perkahwinan, perayaan id. Mengikut fuqaha’ Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan keberhalaan. Aku (Syaltut) berpendapat larangan terhadap muzik adalah berdasarkan kpd konteks dan iringannya dengan yang lain dan bukanlah suatu reaksi terhadap muzik itu sendiri.
Keempat: Syaltut memberi amaran bahawa sesiapa yang berani melarang sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah al A’raf: 32-33. siapakah yang berani mengharamkan perhiasan drpd Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan rezki yang baik-baik?….. hingga akhir.
Kesimpulannnya: secara ‘amnya muzik dibenarkan, jika ada larangan terhadapnya adalah kemalangan atau pengecualian disebabkan perlaku penyalahgunaan terhadap muzik itu sendiri.
Hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam alGhazali (Ihya’ Ulumidin, vol 2, pg 283-301) menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: zaman, makan dan ikhwan. ‘Zaman’ merujuk kepada masa, apakah muzik itu melalaikan daripada jihad dan ibadah. ‘Makan’ merujuk kepada suasana, situasi, occasion atau upacara di mana muzik itu dipersembahkan. ‘Ikhwan’: merujuk kepada aktiviti muzik itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral.
Menurut al Ghazali inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman menghukum muzik: zaman, makan dan ikhwan.
Berbalik kepada soalan asal: Apakah alat muzik yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dalam Islam?
Al Ghazali menjelaskan (Ihya’ Ulumiddin, vol2, pg 271-272): tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang alat-alat muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti kemerduan suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan kumpulan peminum arak, homoseks dan lain-lain yang diarang.
Menurut Prof Lamya’ alfaruqui hukum hudud Islam jika seseorang didapati mencuri alat muzik ini berbedza-bedza mengikut madzhab. Misalnya menurut Syaikh Ibn Abu Zaid al Qairawan, Bakhurah alSa’ad menjelaskan pencuri alat muzik tidak boleh dipotong tangannya. Imam Syafi’iy dalam al Umm menjelaskan seseorang yang didapati bersalah memecahkan peralatan muzik tidak boleh dihukum. Manakala menurut sebahagian ulamak sesiapa yang memecahkan seruling atau sebarang alat muzik, ia layak dkenakan hukuman kerana menjual peralatan muzik itu sah di sisi undang-undang Islam.
Kesimpulan dan tarjih:
  1. Menurut Fatwa Syaltut, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan melalaikan dan maksiat
  2. Menurut al Ghazali, tidak ada perincian syara’ tentang peralatan muzik yang halal dan haram. Ia bergantung kpd zaman(masa), makan(tempat), dan ikhwan(aktiviti muzik); mana-mana alat muzik yang baik dan lunak di dengar adalah harus, dan mana-mana alat muzik yang jelik dan dihubungkan dengan kumpulan manusia yang jahat akhlaknya adalah ditegah.
  3. Hukum muzik, pemuzik dan peralatan muzik akan sentiasa berubah mengikut keadaan umat dan ulamak semasa.
wallahua’lam

Wednesday 23 May 2012

pembakar semangat,penyuluh jalan..

Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain..


















"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga...














Payung tdk dpt mnghentikn Hujan, tp dpt mmbuat kita Brjalan mnembus hujan utk Mncapai Tujuan......











Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan...

Jika hanyut tidak berpenghuni rugilah...









Kita tidak boleh mencipta pengalaman... Kita mesti menghadapinya..












dengan harapan,yang gelap akan timbul terang kelak..













Setiap kata2,tulisan,teguran, kadang2kan sikit ja ayatnya,tapi maknanya yang tersirat mendalam jika difahami,dan jika dirungkaikan sentiasa berlegar2 disetiap lingkungan kehidupan kita..





Monday 21 May 2012

Banyak nama pelik di SABAH ??..




KOTA KINABALU –  Mereka yang bukan berasal dari Sabah sering keliru dengan nama-nama pelik yang digunakan penduduk pelbagai etnik di negeri itu.
Nama-nama pelik seperti Mogumbirak, Tigabelas, Ponyrace, Samalia Cuba dan Rothmans sering menjadi bahan gurauan dan menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat pelbagai etnik di Sabah.
Namun, terdapat cerita menarik di sebalik bagaimana nama-nama tersebut diberikan seperti dalam kes melibatkan seorang bekas Pengarah Jabatan Arkib Negeri Sabah, Datuk Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin.
“Agak sukar untuk membawa nama ini. Di sekolah, saya sering diusik dan sukar untuk berkawan tetapi saya belajar membiasakan diri dengan keadaan itu,” katanya.
Beliau berkata, nama tersebut diberikan selepas kematian tragik berturut-turut yang menimpa keluarganya.
Nama itu sebenarnya diberikan untuk menyelamatkan nyawa beliau.
“Sebelum kehadiran saya, ibu bapa saya memiliki 12 cahaya mata dan kesemuanya meninggal dunia.
“Mereka (ibu bapa) mendapatkan nasihat daripada penduduk kampung di Kota Belud termasuk bomoh dan mereka memberitahu sama ada memberikan saya nama unik atau menyerahkan saya kepada keluarga angkat,” katanya.
Tigabelas berkata, doktor yang menyambut kelahirannya mencadangkan nama tersebut kepada ibu bapanya selepas mengetahui mengenai kematian adik-beradik saya.
“Selepas mengetahui saya anak yang ke-13, dia mencadangkan agar saya dinamakan Tigabelas.
“”Saya percaya, saya anak ke-13 yang bertuah kerana hanya saya seorang terselamat. Ibu melahirkan dua anak selepas saya tetapi mereka turut meninggal,” katanya.
Dalam kebanyakan kes melibatkan nama aneh, ibu bapa yang buta huruf pada 1960 dan 1970 merupakan penyebab utama.
Mereka memberikan nama berdasarkan bunyi atau memilih perkataan popular seperti Ponyrace atau jenama rokok terkemuka seperti Rothmans atau Benson.
Mogumbirak, seorang lelaki dari etnik Rungus berusia 50 tahun yang berasal dari Kudat menarik perhatian tanpa diminta.
Pekerja buruh, Samalia Cuba yang namanya diangkat sempena dua negara iaitu Somalia dan Cuba enggan memberikan sebab keluarganya memilih nama tersebut.
“Tidak apalah, tidak payah tanya. Saya ada kerja sekarang,” katanya ketika dihubungi Ahad. (Mstar.com.my)


pelik sgt ka?...apa2 saja la..i am proud to be SABAHAN..

Ganas+keras+jahat+kasar..sekeras2 hati,seganas2 pbuatan,sjahat2 kelakuan,sekasar2 manusia ini ada kelembutannya,egonya di gelanggang lenyap berdepan ulamak...SubhannAllah...
mr. UNDERTAKER..knal?a..











dulunya rockers,kininya dakwah...Ustaz Radzi (ex-mellissa)   









dulunya bekas vokalis kumpulan rock2 cintan,kumpulan E.Y.E. ,kini dakwah d utamakan..









bekas vokalis kumpulan wings..mel ni..sapa xkenal rugi..hahhahaha..








 ni semua pun kenal kan?..ustaz akhil hayy ni..search youtube pelontar lagu ''dugaan' dari  kumpulan riyadh...











ni OTAI ni...MAT ROCK sejati..tapi ambi agama dalam hidup insya'Allah ada kejayaan..





ni dangdut man..hahhaha..astagfirullah...ni iwan syahman..






dulu nya hidup bergelumang hiburan,hidup dengan dengan segala keduniaan,pencipta lirik,namun keluar dari semua ke popularaan yg di miliki...







gitar utama kumpulan KAMIKAZE..rock juga ni..tapi guna muzik utk dakwah skrg ni..





ni sapa xkenal memang rugi..ALI SETAN org panggil..
search la sendiri d google...



zaf ve _ azan ruffedge_pot innuendo..
hijrah ....

pengajaran

Seburuk2 manusia,jika dia terpilih mendapat hidayah nescaya dia akan berubah,janji Allah..jika manusia ambil agama dalam hidup kejayaan untuknya akhirat kelak..
walaupun dulunya jahil,tapi itu bukan pengakhiran seseorang..Allah s.w.t. telah tetapkan kita dalam landasan masing2,dan manusia mengawal setiap gerak2 dalam gerabak..
jika dulu kita jahat,paksa diri keluar dari kejahatan itu,jangan tunggu hidayah sampai..b'lalat pun kita tunggu kalau tiada,xda guna..sebab hidayah kalau tak diberi perlu dicari..
Biarlah kita hidup mencari keredhaan Allah hs.w.t. , sebelum itu kita kena redha dengan segala ketentuannya,terima apa sahaja,dan tolong agama Allah..insya'Allah ada kejayaan bersama mu..

jadilah seperti SAHABAT NABI s.a.w. ,mereka telah dijanjikan syurga sejak di dunia lagi,tapi tetap menyampai2kan kebenaran..padahal semua tahu,SAHABAT NABI itu dulunya berasal daripada JAHILIYYAH..
mereka Redha kepada ALLAH s.w.t. ,lalu ALLAH s.w.t. pun redha kepada mereka...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...